Tuesday, September 2, 2008

[Semasa] MISC Vs Pulau Batu Putih

Assalamualaikum w.b.t

Masih segar dalam ingatan dan tetap menjadi pengalaman yang paling bermakna dalam hidupku ketika dan saat mengikuti Latihan Industri di Pasir Gudang, Johor suatu ketika dahulu. Suka, duka, onak dan duri perjuangan ku tempuhi di sana. Dan di sana jua diri ini mengenal erti sebuah perjuangan yang harus diteruskan walaupun siapa pun diri ini.

Pulau Batu putih, kini telah dijajah oleh jiran negara kita sendiri, Singapura. Melihat akan kedudukan di atas peta, pasti ramai akan mengatakan Pulau Batu Putih milik Malaysia. Pertindihan ini mengakibatkan kedua-dua negara menuntut kedaulatan pulau tersebut di ICJ. Dan umum ketahui, Pulau Batu Putih telah jatuh ke tangan Singapura. Ada yang mengatakan kekalahan Malaysia adalah kerana menghantar barisan peguam second class dan segala maklumat mengenai sejarah pulau ini sekadar melayari internet.

Namun, diri ini ingin membawakan bagaimana Kerajaan Negeri Johor pada masa itu mengarahkan masjid di seluruh negeri Johor untuk mengadakan solat sunat hajat bagi memastikan kedaulatan Pulau Batu Putih tetap milik Johor dan Malaysia selepas solat Jumaat setiap minggu. Hakikatnya, diri ini tidak pernah pula melakukan solat hajat tersebut.

Tapi, alangkah indahnya jika hari ini kita sama-sama turut memohon moga anak-anak kapal MISC yang ditahan lanun akan selamat sepertimana kita memohon akan kedaulatan Pulau Batu Putih. Moga keberkatan bulan yang mulia ini akan memakbulkan doa-doa orang yang soleh. (RS/2.57pm/3Sep08)

Amin Ya Allah

No comments: