Wednesday, September 3, 2008

[Semasa] Harga Minyak Turun Sebelum Raya

Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Shahrir Samad menyatakan bahawa harga petrol dan diesel akan diturunkan sebelum hari raya ini. Suatu perkembangan yang baik buat warga Malaysia hari ini.

Dahulu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa harga petrol dan diesel tidak akan naik selepas pilihan raya. Mungkin satu strategi politik yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam memastikan kemenangan mereka. Namun, indah bahasa dari rupa. Tidak lama selepas itu, harga petrol dan diesel diumumkan naik. Menyebabkan rakyat naik minyak. Termasuklah diri ini.

Kenaikkan harga minyak ini telah menyebabkan kenaikkan berantai bagi semua barangan. Diri ini mungkin tidak terlalu mengalami kesengsaran kenaikkan harga minyak ini. Mungkin sekadar kenaikkan harga makanan dan secara tidak langsung perbelanjaan bagi mengisi tong minyak motor. Kalau dahulu, isi penuh bernilai RM6 tetapi selepas kenaikkan harga minyak, ianya mencecah RM8.

Dalam siri program Debat yang disiarkan di TV9, pertembungan antara Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia telah melihatkan bagaimana demensi harga minyak ini sebenarnya boleh diturunkan sejajar dengan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak. Teori yang dikemukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan harga minyak dunia akan turun dan malar pada suatu ketika telah pun hari ini menjadi kenyataan. Dan kenyataan daripada menteri bertanggungjawab juga telah meletakkan asas dalam teori ini.

Setong minyak kini bernilai USD110 berbanding harga ketika dahulu yang hampir mencecah USD200. Apapun dalam hal ini, kerajaan haruslah prihatin terhadap perkembangan keselurahan masalah masyarakat. Bak kata orang hari ini, kalau hendak naik, cepat. Tapi, kalau hendak turun, lambat.

Penurunan harga petrol dan diesel dikala umat Islam bakal menyambut hari raya mungkin sedikit mengubat kehangatan 'naik minyak' rakyat. Moga-moga, seperti yang dikatakan tadi, kerajaan haruslah prihatin sejajar dengan Bajet 2009 yang bertemakan Kerajaan Prihatin. (RS/6.46pm/4Sep08)

Alhamdulilah




No comments: