Tuesday, September 2, 2008

[Santai] Jadikan Hari Ini Lebih Baik Daripada Semalam

assalamualaikum w.b.t

Akhirnya sepuluh jemari ini mula menitipkan kata-kata menerusi punat-punat keyboard yang sedia terhampar dihadapan diri. Setelah sekian lama merenung nasib samada mahu ataupun tidak menghasilkan blog ini, maka dikala dan disaat ini terhasil sebuah blog "Bila Jemari Menitipkan Kata"

Perkembangan blog-blog ini telah lama ku ikuti. Klimaks dan evolusi blog-blog ini bermula ketika mana rakyat sudah mual dengan propaganda media-media arus perdana, iaitu ketika mana medan perang menanti siapakah bakal peneraju Malaysia pada tanggal 8 Mac 2008 yang lalu. Peranan yang dimainkan oleh bloger-bloger ketika itu telah memecahkan dinding konkrit dan jaringan minda yang telah sekian lama disemai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dan keupayaan bloger-bloger ini dalam memecahkan tradisi keampuhan pemerintahan telah diakui sendiri oleh pemerintah hari ini. Akhirnya kini, blog-blog ini telah menjadi medium mapan dalam sebaran maklumat, pendapat, ideolagi, provokasi dan apa jua luahan hati yang dirungkaikan menerusi jari jemari yang digarap melalui perkembangan teknologi hari ini.

Sebenarnya masih terlalu awal buat diriku untuk meletakkan landasan perjuangan atau matlamat dalam penghasilan blog ini. Diriku masih lagi terkapai-kapai mencari identiti. Tidak mahu bersifat stereotaip mahupun terikut dengan fenomena semasa. Biarlah blog ini menjadi wadah kekal hidupku namun pada masa yang sama fleksible dan dinamik dengan perkembangan hari ini. Dan yang lebih penting, seperti kata sahabatku, biarlah berdasarkan kemampuan dan upaya diri sendiri. Ukur baju dibadan sendiri.

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Moga-moga dengan terhasilnya nukilan dan kata-kata blog ini, maka akan merungkaikan sebuah pengajaran khususnya diri ini yang amat lemah. Buat mereka yang mengikuti blog ini, andai terdapat sebarang kata atau bicara yang tidak benar malah menyimpang, maka hulurkan bibit-bibit kata sebagai pedoman buat diriku. (RS/6.14pm)









3 comments:

monolog seorang aku said...

salam,,,
permulaan yg baik,,,=>
tahniah diucapkan,,,
papepun,,,
selamat berpuasa,,,
wassalam.

i, mE and mYseLf,
(^_~)

Anonymous said...

Salam..

Welcome to the world of BLOGGING!!!

at a good start there...

...here's your first regular visitor, me!

..Smoga istiqomah dgn platform dakwah ini, ya sahabat...

SaLaM PeRJuaNGaN! :-)

Abu Adham said...

mabruk ya akhi tugas anta semakin terbeban moga ia suatu lagi medan dakwah samada buat diri sendiri mahupun arus perdana


salam musafir
Abu Adham