Thursday, September 4, 2008

[Semasa] Dr Osman: Pemeriksaan Saya Berkaitan Liwat

Bercanggah dengan apa yang didakwa oleh majikannya - Hospital Pusrawi - Dr Mohd Osman Abdul Hamid bertegas bahawa beliau melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun lalu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor.

"Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan.

Dr Osman muncul semalam selepas 'hilang' selama lebih sebulan sejak laporan perubatannya, yang memutuskan bahawa Saiful tidak diliwat, telah dibocorkan kepada pihak media.Berikutan itu, Hospital Pusrawi menegaskan bahawa Osman tidak melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas pesakitnya itu.

Saiful, 23, telah mendakwa bahawa bekas majikannya, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya dan kes itu telah dibawa ke mahkamah.Dr Osman kemudiannya membuat akuan berkanun yang mempertahankan keputusan laporan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman, yang ditemani peguamnya - M Puravalen dan Yusri Kamarudin - menegaskan sekali lagi perkara itu dalam satu sidang akhbar semalam.Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Dr Osman juga menyangkal dakwaan majikannya bahawa beliau tidak berkelayakan untuk membuat kesimpulan mengenai kes liwat.

Pihak pengurusan Hospital Pusrawi telah menyatakan bahawa Dr Osman tidak layak membuat kesimpulan tersebut kerana beliau adalah seorang doktor yang ditempatkan di unit kecemasan dan bukannya seorang pakar.

[Semasa] Doktor Pusrawi Mengaku Akuan Bersumpah Miliknya

KUALA LUMPUR 4 Sept. (Utusan) – Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Hospital Pusrawi mengesahkan akuan bersumpah yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today adalah miliknya.

Beliau bagaimanapun mendakwa, penyebaran akuan bersumpah melalui laman web tersebut adalah di luar pengetahuannya.

``Saya bercuti selepas dinasihatkan Pusrawi dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar. Saya tidak terlibat dengan politik dan sesungguhnya akuan bersumpah saya adalah benar,’’ katanya pada sidang akhbar di Majlis Peguam di sini hari ini.

Wednesday, September 3, 2008

[Semasa] Harga Minyak Turun Sebelum Raya

Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Shahrir Samad menyatakan bahawa harga petrol dan diesel akan diturunkan sebelum hari raya ini. Suatu perkembangan yang baik buat warga Malaysia hari ini.

Dahulu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa harga petrol dan diesel tidak akan naik selepas pilihan raya. Mungkin satu strategi politik yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam memastikan kemenangan mereka. Namun, indah bahasa dari rupa. Tidak lama selepas itu, harga petrol dan diesel diumumkan naik. Menyebabkan rakyat naik minyak. Termasuklah diri ini.

Kenaikkan harga minyak ini telah menyebabkan kenaikkan berantai bagi semua barangan. Diri ini mungkin tidak terlalu mengalami kesengsaran kenaikkan harga minyak ini. Mungkin sekadar kenaikkan harga makanan dan secara tidak langsung perbelanjaan bagi mengisi tong minyak motor. Kalau dahulu, isi penuh bernilai RM6 tetapi selepas kenaikkan harga minyak, ianya mencecah RM8.

Dalam siri program Debat yang disiarkan di TV9, pertembungan antara Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia telah melihatkan bagaimana demensi harga minyak ini sebenarnya boleh diturunkan sejajar dengan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak. Teori yang dikemukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan harga minyak dunia akan turun dan malar pada suatu ketika telah pun hari ini menjadi kenyataan. Dan kenyataan daripada menteri bertanggungjawab juga telah meletakkan asas dalam teori ini.

Setong minyak kini bernilai USD110 berbanding harga ketika dahulu yang hampir mencecah USD200. Apapun dalam hal ini, kerajaan haruslah prihatin terhadap perkembangan keselurahan masalah masyarakat. Bak kata orang hari ini, kalau hendak naik, cepat. Tapi, kalau hendak turun, lambat.

Penurunan harga petrol dan diesel dikala umat Islam bakal menyambut hari raya mungkin sedikit mengubat kehangatan 'naik minyak' rakyat. Moga-moga, seperti yang dikatakan tadi, kerajaan haruslah prihatin sejajar dengan Bajet 2009 yang bertemakan Kerajaan Prihatin. (RS/6.46pm/4Sep08)

Alhamdulilah




Tuesday, September 2, 2008

[Semasa] MISC Vs Pulau Batu Putih

Assalamualaikum w.b.t

Masih segar dalam ingatan dan tetap menjadi pengalaman yang paling bermakna dalam hidupku ketika dan saat mengikuti Latihan Industri di Pasir Gudang, Johor suatu ketika dahulu. Suka, duka, onak dan duri perjuangan ku tempuhi di sana. Dan di sana jua diri ini mengenal erti sebuah perjuangan yang harus diteruskan walaupun siapa pun diri ini.

Pulau Batu putih, kini telah dijajah oleh jiran negara kita sendiri, Singapura. Melihat akan kedudukan di atas peta, pasti ramai akan mengatakan Pulau Batu Putih milik Malaysia. Pertindihan ini mengakibatkan kedua-dua negara menuntut kedaulatan pulau tersebut di ICJ. Dan umum ketahui, Pulau Batu Putih telah jatuh ke tangan Singapura. Ada yang mengatakan kekalahan Malaysia adalah kerana menghantar barisan peguam second class dan segala maklumat mengenai sejarah pulau ini sekadar melayari internet.

Namun, diri ini ingin membawakan bagaimana Kerajaan Negeri Johor pada masa itu mengarahkan masjid di seluruh negeri Johor untuk mengadakan solat sunat hajat bagi memastikan kedaulatan Pulau Batu Putih tetap milik Johor dan Malaysia selepas solat Jumaat setiap minggu. Hakikatnya, diri ini tidak pernah pula melakukan solat hajat tersebut.

Tapi, alangkah indahnya jika hari ini kita sama-sama turut memohon moga anak-anak kapal MISC yang ditahan lanun akan selamat sepertimana kita memohon akan kedaulatan Pulau Batu Putih. Moga keberkatan bulan yang mulia ini akan memakbulkan doa-doa orang yang soleh. (RS/2.57pm/3Sep08)

Amin Ya Allah

[Semasa] Kerajaan Negeri Perlu Adil Bantu Sekolah

KUALA TERENGGANU 3 Sept (Utusan) – Mana-mana kerajaan negeri yang ingin memberi bantuan kepada sekolah di negeri masing-masing diminta berlaku adil tanpa mengira kepentingan politik semata-mata.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, beliau kecewa dengan langkah kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina sahaja sedangkan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tamil yang rata-ratanya daif juga memerlukan bantuan dan perhatian daripada kerajaan negeri.

“Kalau betul hendak membantu meningkatkan pendidikan di negeri itu, mengapa mesti menganugerahkan tanah kepada sekolah persendirian Cina sahaja,” katanya di sini hari ini.

Razali memuji kerajaan Terengganu yang memberikan bantuan berterusan kepada sekolah-sekolah di negeri itu termasuk menempatkan dua juruteknik komputer di setiap Pejabat Pelajaran Daerah dan seorang pegawai komputer di setiap sekolah di negeri itu mulai tahun depan.


Beliau berkata kerajaan Terengganu juga bercadang memberikan komputer riba kepada setiap pelajar. — Bernama

Kenyataan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak pula menyebut:

Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengembalikan semula bantuan per kapita berjumlah RM1.3juta kepada 18 buah sekolah Agama Rakyat di Negeri Perak bagi tahun 2008 ini.Bantuan tersebut akan diagih-agihkan dalam bulan Ramadhan , sedikit masa lagi.

Bantuan kepada sekolah agama rakyat telah dinafikan oleh kerajaan BN/Umno yang memeerintah Perak dulu sejak pentadbiran Mahathir lagi;tetapi kini dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, bantuan tersebut telah diberikan semula.

Terdapat 9 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 buah lagi Sekolan Agama Rendah yang menjadikan jumlah keseluruhannya 18 buah.

Terbukti bahawa kerajaan Pakatan Rakyat sangat prihatin dan mengambil berat untuk menyelesaikan masalah yang telah dicipta oleh kerajaan BN/Umno dulu.

Tetapi mengapa tiba-tiba baru kini Umno mahu menunjukan rasa prihatinnya terhadap Sekolah Agama Rakyat yang mana sebelum ini merekalah yang menjadi dajal, menindas Sekolah Agama Rakyat dengan menafikan pemberian per kapita tersebut?

Laporan Bernama telah menyebut tentang desakan Pergerakan Pemuda Umno, Zainol Fadzi supaya Menteri Besar Perak Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut memberikan lot tanah kepada Sekolah Agama Rakyat milik persendiran dan Sekolah Agama Pondok dalam usaha memaju dan memartabatkan agama Islam di Perak.

Kerajaan negeri menyedari bahawa pemberian RM30,000 setahun kepada 9 buah sekolah Cina itu( bukan setiap satu sekolah sebagaimana laporan tersebut) adalah tidak memadai.Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan tanah kepada sekolah tersebut bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah berkenaan.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahan dengan tanaman Kelapa Sawit dimana dalam jangka masa 5 tahun,akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan.

Perlu diketahui, bahawa pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di Perak itu adalah atas tempoh pajakan selama 30 tahun.
Projek seumpana ini telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan ; dimana kerajaan Kelantan telah memperuntukan 3,000 hektar tanah untuk sekolah-sekolah Cina disana.


Sememangnya,Kerajaan Pakatan Rakyat mahu bersikap adil kepada semua sekolah-sekolah di Negeri Perak ini; bukan macam Umno / BN yang sehingga kini gambar MB Pakatan Rakyat di lima buah negeri tidak dibolehkan digantung dibilik-bilik darjah sekolah-sekolah.
Kerajaan Negeri Perak juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.

(http://misabah.blogspot/.)

[Kuliah] Bagaimana Puasa Kita?

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"
(Al-Baqarah:183)
Syarat-Syarat Wajib Puasa:
  • Islam
  • Sampai umur (akil baligh)
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak musafir
  • Suci dari haid dan nifas

Syarat Sah Puasa:

  • Islam
  • Berakal. Baligh tidak menjadi syarat sah puasa
  • Suci dari haid dan nifas
  • Berniat puasa
  • Menahan diri dari makan minum, dan apa jua yang boleh menyebabkan batal puasa

Rukun Puasa:

  • Niat
  • Menahan diri dari makan minum, dan apa jua yang boleh membatalkan puasa

Perkara Yang Membatalkan Puasa:

  • Jima
  • Muntah dengan sengaja
  • Haid, wiladah dan nifas
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  • Murtad

Sengaja memasukkan beberapa perkara sebegini kerana ada diantara kita yang masih keliru dan tidak tahu mengenai perkara-perkara asas dalam beribadah khususnya puasa di bulan ramadhan ini. Sekadar menyatakan dan untuk maklumat lanjut boleh bertanya kepada mereka yang arif. Sumber: Quranic Group 1, Bahagian 2(RS/11.45/2Sep08)

InsyaAllah

[Semasa] Andai Ulama' Pandai Mengelecek Bola

assalamualaikum w.b.t

EPL merupakan antara liga bola sepak di dunia yang memiliki pengaruhnya yang tersendiri. Sebut sahaja Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal semua akan terbayang beberapa nama besar dalam arena tersebut seperti Ronaldo, Gerrard, Deco dan Van Persie. Dimana sahaja ceruk dunia ini, pasti mengenali bintang-bintang nan segar bersinar ini. Jika dibandingkan dengan liga Malaysia, pasti ada yang menyampah. Tetapi itulah realiti sukan nombor satu ini, bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh pelusuk bumi.

Dunia sukan hari ini digegarkan dengan perpindahan beberapa pemain ke dalam EPL. Ini ekoran tamat tempoh bagi sesi perpindahan pemain ke dalam EPL beberapa jam yang lalu. Antara yang hangat diperkatakan adalah dua pemain yang dipindahkan iaitu Robinho dan juga Berbatov.

Robinho, berhijrah ke Manchester City daripada kelab lamanya iaitu Real Madrid manakala Berbatov meninggalkan Tottenham Hotspur untuk bersama Manchester United. Berapakah nilai perpindahan mereka? Berbatov sahaja mencecah 31 juta pound dan menerima 100 ribu pound seminggu manakala Robinho pula mencecah angka 28 juta pound. Nilai yang cukup tinggi namun mungkin berbaloi dengan keupayaan mereka.

Melihat senario ini, alangkah indahnya jika mereka yang bukan bermain di atas rumput hijau, tidak mengenakan jersi bernombor apatah lagi tidak membuat perkiraan di atas usaha mereka untuk berbakti kepada agama, bangsa dan masyarakat, turut dijulang tinggi sepertimana Robinho dan Berbatov.

Ulama, suatu nama yang sinonim dalam dunia Islam hari ini, selepas kita tiada lagi para nabi dan rasul, selepas tiada lagi sahabat-sahabat nabi dan selepas runtuhnya khilafah Islamiyyah, maka inilah golongan yang mewarisi perjuangan dakwah. Diri ini selalu bertanya, siapakah aku tanpa mereka yang meneroka jauh semata-mata atas dasar dan perjuangan Islam.

Ulama hari ini sekadar imam di masjid, juru akad nikah dan jemputan bagi majlis ceramah sempena hari kebesaran Islam. Sayang seribu kali sayang. Ulama yang lantang hari ini menegakkan hukum Allah, pasti akan dibuang jauh-jauh. Bukan sahaja berbicara dalam media, malah di masjid dan surau juga tidak dibenarkan. Alangkah ruginya kita pada hari ini. Ilmu yang mereka ada tidak dikembangkan.

Allahyarham Dato Ishak Baharom suatu ketika dulu merupakan mufti negeri Selangor. Namun atas teguran beliau mengenai majlis ratu cantik yang melibatkan bangsa Melayu beragama Islam, maka Allahyarham telah dipecat. Dan beliau kembali ke rahmatullah tidak lama dahulu. Namun apa yang cuba diri ini ketengahkan adalah bagaimana hari ini Allah meninggikan darjat mereka yang berjuang atas agamaNya. Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan diraja atas perintah dan perkenan Tuanku Sultan Selangor. Info yang tidak didedahkan oleh media hari ini.(RS/10.52pm/2Sep08)

Subbahanallah...